Apa itu Shutter Speed

 'Shutter' ialah satu 'tetingkap' atau 'blade' yang akan terbuka dan tertutup, yang membenarkan cahaya masuk k...



 'Shutter' ialah satu 'tetingkap' atau 'blade' yang akan terbuka dan tertutup, yang membenarkan cahaya masuk ke dalam sensor.

'Shutter speed' pula ialah kelajuan 'blade' itu ditutup apabila sesuatu gambar diambil. Dengan ini, kamera boleh mengawal jumlah cahaya yang masuk dengan mengawal kelajuan shutter speed pada kamera. Sekiranya korang menggunakan shutter speed yang laju (fast shutter speed). Gambar korang akan jadi lebih 'sharp' tapi kalau korang menggunakan shutter speed yang perlahan (slow shutter speed) gambar korang akan kelihatan lebih blur.

Shutter speed dikira dalam unit saat seperti 1/500 saat, 1/10 saat, dan 20 saat.

Gambar dibawah menunjukkan bagaimana shutter pada kamera berfungsi (pergerakan slow motion).



Untuk mengambil gambar yang bergerak laju seperti, pergerakan sebuah kereta, shutter speed juga mestilah laju (contoh shutter speed 1/500 saat). Jika tidak, gambar akan menjadi kabur (blur). Untuk mengambil gambar pergerakan air seperti air terjun, mestilah menggunakan shutter speed yang slow untuk menghasilkan gambar yang cantik (contoh shutter speed 5 saat).

Untuk mengelakkan gambar menjadi blur, pemggunaan shutter speed mestilah tidak kurang daripada 1/60 saat. Sekiranya menggunakan shutter speed 1/60 dan kebawah (1/30, 1/10, 2, 5, ...), penggunaan tripod adalah diperlukan. Ini adalah untuk mengelakkan daripada hasil gambar anda menjadi blur akibat pergerakan kamera yang tidak statik.


Pemilihan shutter speed bergantung kepada Peraturan Ibu Jari (Rule of Thumb) yang menyatakan shutter speed adalah bersamaan atau laju daripada 1/(panjang focal lens) saat. Contohnya jika anda menggunakan lens 200mm, maka anda perlu menggunakan shutter speed minimum 1/200saat untuk mendapatkan imej yang tajam (sharp). Namun, peraturan ini jarang diaplikasi kerana sekarang kebanyakan kamera sudah ada teknologi penstabilan imej samada Image Stabilizer (IS Canon) ataupun Vibration Reduction (VR Nikon).

Shutter speed yang terdapat pada kamera, nilai speednya ialah 'double' (approximately) untuk setiap satu. Sebagai contoh pilihan shutter speed yang terdapat pada kamera ialah seperti 1/1000, 1/500, 1/250, 1/125, 1/60, 1/30, 1/15, 1/8 dan seterusnya. Nilai shutter speed sebelumnya lebih kurang dua kali ganda daripada selepasnya.Terdapat juga kamera yang mempunyai 'option' shutter speed 'BULB' atau 'B', iaitu kiraan masa shutter speed bermula dari kita menekan button sehigga melepaskannya (shutter release button). Shutter akan terus terbuka selagi kita tidak melepaskan button tersebut.

Kaitan shutter speed dengan jumlah cahaya yang masuk ke dalam kamera:


Namun sekiranya ingin menggunakan shutter speed yang laju atau perlahan, korang boleh menukar setting aperture untuk menghasilkan gambar yang baik. Sekiranya ingin menggunakan shutter speed yang laju (contoh 1/1000 saat), aperture mestilah bukaan besar (contoh f/2), dan sekiranya ingin menggunakan shutter speed perlahan (contoh 1/15 saat), aperture mestilah bukaan kecil (contoh f/16). Ini untuk mengelakkan gambar menjadi over ataupun under. Rujuk gambar dibawah untuk lebih faham.


Contoh gambar penggunaan shutter speed dan gambar yang dihasilkan.






 Karya Asal Aritkel ini : 

COMMENTS

BLOGGER: 1
Loading...
Nama

Agama Alat Bantu Mengajar Bahan dan Alatan BMM3105 broadband Cikgu Jazlan Cover File doa Domain .my Fotografi IPGKTAA Event Koleksi Cerpen Lain - Lain LOGO IPG KPM IPGKTAA Nota Bahasa Melayu Nota IPG Panduan KKBI PENDIDIKAN SENI VISUAL PJK PRU13 Running man Santai SERVIS Sukatan BM THUN 1-6 Tutorial TUTORIAL BLOG Tutorial Box.com Tv Online Virus Widget Blog
false
ltr
item
CIKGU JAZLAN: Apa itu Shutter Speed
Apa itu Shutter Speed
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjWteMHDIG3dDdXcTiTT2lcjncWABLvJEo82T8Fx7SUcuxDol4WGEpOnktkRcb4eR6FG0kxSsKlpQ8vnFhlHs_ZFXdU3w7WscORUV_D9Bptbjy1Sf1Y_wh2Ebe1bi3XAhk67TddOt6k5dI/s400/shutter-speed-example1.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjWteMHDIG3dDdXcTiTT2lcjncWABLvJEo82T8Fx7SUcuxDol4WGEpOnktkRcb4eR6FG0kxSsKlpQ8vnFhlHs_ZFXdU3w7WscORUV_D9Bptbjy1Sf1Y_wh2Ebe1bi3XAhk67TddOt6k5dI/s72-c/shutter-speed-example1.jpg
CIKGU JAZLAN
https://cikgujazlan.blogspot.com/2012/12/apa-itu-shutter-speed.html
https://cikgujazlan.blogspot.com/
http://cikgujazlan.blogspot.com/
http://cikgujazlan.blogspot.com/2012/12/apa-itu-shutter-speed.html
true
4504742246731490904
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please Like | Share to Unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy